Monday 28 November 2011

Rumus Tatabahasa

Saya ingin menyentuh tentang imbuhan apitan yang menimbulkan kekeliruan lebih-lebih lagi kepada murid saya. Jangan lupa klik posts terbaharu di 'blog archive' iaitu pada 'December'. Saya telah menambah rumus tatabahasa.
Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh murid saya, malahan jika kita amati, banyak pihak tidak mengetahui bahawa mereka telah melakukan kesalahan penggunaan kata terutamanya media cetak atau medium penyiaran.

Sebagai guru, kita patutlah peka. Imbuhan apitan terbentuk apabila sesuatu penambahan dipadukan di hadapan dan di belakang sesuatu perkataan.

Di dalam blog ini juga, saya cuba memberikan beberapa rumus tatabahasa yang boleh dijadikan panduan agar dapat mengurangkan kekeliruan.

Sunday 27 November 2011

Selamat Datang

Selamat Datang ke Blog Cikgu Siti.



Di sini kita akan membincangkan topik-topik berkaitan dengan pendidikan terutama Bahasa Melayu. Mohon rakan-rakan tolong komen ya ?