Monday 28 November 2011

Rumus Tatabahasa

Saya ingin menyentuh tentang imbuhan apitan yang menimbulkan kekeliruan lebih-lebih lagi kepada murid saya. Jangan lupa klik posts terbaharu di 'blog archive' iaitu pada 'December'. Saya telah menambah rumus tatabahasa.
Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh murid saya, malahan jika kita amati, banyak pihak tidak mengetahui bahawa mereka telah melakukan kesalahan penggunaan kata terutamanya media cetak atau medium penyiaran.

Sebagai guru, kita patutlah peka. Imbuhan apitan terbentuk apabila sesuatu penambahan dipadukan di hadapan dan di belakang sesuatu perkataan.

Di dalam blog ini juga, saya cuba memberikan beberapa rumus tatabahasa yang boleh dijadikan panduan agar dapat mengurangkan kekeliruan.


Pengimbuhan

Pengimbuhan ialah bentuk terikat yang dicantumkan pada kata dasar dalam proses pembentukan kata terbitan. Pengimbuhan terbahagi kepada empat subgolongan iaitu :
 
Rumus pasangan apitan meN-…-kan / meN-…-i

  1. meN-…-kan = (objek bergerak)
  2. meN-…-i = (objek tidak bergerak)

Apitan meN-…-kan dan meN-…-i yang berpasangan dalam ayat mempunyai satu objek dan dua objek kebanyakannya diikuti oleh objek bergerak dan objek tidak bergerak. Dalam situasi ini, apitan meN-…-kan diikuti oleh objek bergerak dan apitan meN-…-i diikuti oleh objek yang tidak bergerak. Contohnya:

  1. Dia menghadiahkan komputer riba kepada bapa. (komputer riba bergerak)
  2. Dia menghadiahi bapa komputer riba. (bapa tidak bergerak)

Lihat contoh perbezaan di bawah :

Latihan


Arahan : Tuliskan ‘betul’ atau ‘salah’ berdasarkan ayat.
  1. Setiap malam, ayah membacakan buku untuk adik.  : ....................
  2. Setiap malam, ayah membacakan adik sebuah buku. : ...........................
  3. Sebelum pulang ke rumah, kakak akan membelikan adik gula-gula. : .....................
  4. Sebelum pulang ke rumah, kakak akan membelikan gula-gula untuk adik. : ....................
  5. Pemuda itu menyanyikan lagu untuk ayah.   : ..........................     
  6. Pemuda itu menyanyikan ayah sebuah lagu.    : ............................
Rumus pasangan apitan meN-…kan dan awalan meN-
  1. meN-…-kan = objek bernyawa 
  2. meN-…  =  objek tidak bernyawa

Apitan meN-…-kan dan meN-… yang berpasangan dalam ayat mempunyai dua objek sahaja kebanyakannya diikuti oleh objek bernyawa dan objek tidak bernyawa. Dalam situasi ini, apitan meN-…-kan diikuti oleh objek bernyawa manakala apitan meN-… diikuti oleh objek tidak bernyawa. Contohnya:
  1. Ibu menjahitkan kakak sehelai baju kurung. (kakak ialah objek yang bernyawa) 
  2. Ibu menjahit sehelai baju kurung untuk kakak. (baju kurung ialah objek tidak bernyawa)
Latihan
  1. Fariza akan membelikan anaknya pensel warna. : .....................................          
  2. Pelayan di restoran itu membawakan saya nasi lemak yang telah dipesan. : .....................................  
  3. Ibu menuangkan air kopi untuk ayah. : .....................................                 
  4. Ramli menyepak bola itu ke pintu gol. : .....................................                 
  5. Syarifah menjahitkan baju untuk pelanggannya. : .....................................             
  6. Siti memberi wang kepada penjaja itu. : .....................................     





      pemeri

      No comments:

      Post a Comment